General

Friday, November 19, 2010

Pengalaman Ku bla dapat panggilan interview TM..





fuhhh...nk mula cerita nie...jgn gopoh2 ya baca..hehehe..cite xbest pn..xmcm cite shin chan,doremon....nie cerita pasal kisah kawe sebelum kawe masuk kerja dengan telekom...tanggal 10 haribulan 07 taun 2010....selepas kawe puas balik bercuti hari raya bersama dengan kelauarga tercinta kawe....sebelum kawe masuk kerja d tempat bese kawe kerja....kawe kne pergi ke low yat kerana boss tempat kawe kerja suruh pergi beli barang yang dipesan oleh pelanggan kawe....

kira-kira dalam jam 6 petang..semasa kawe berada d cne..kawe menerima satu panggilan...no tersebut merupakan no area kl...setahu kawe..kawe tidak pernah ada panggilan conct mane2 ngn no kl nie..ini membuatkan kawe hairan dan pelikkkkk.....


kawe bukan yang jenis no yang xknel...kawe xangkt..stail kawe..kawe angkat belako...maklumlah..klu ada emergency..kita wak don no jer...payah 6ti..btol x?????
sebb tu kawe angkt jer...tiba2..bunyi suara pompuan...memberi salam....kawe lagi naek hairan...sape dy pulak call ak nie..aduhhhh....xnk nk mengorat ak..poyooo giler ayat...hahhaha..jgn marah ya sape baca nie...sekadar hiburan..nk elak borink bca al kisah yang xtaw ape ke benda..huhuhuhu


selepas pompuan nie memberi salam...kawe jawad la salam...kata2 org tua...org beri salam..kita kne jawad..xjawwd dosa taw....dy memperknalkn dri dy sekian2...pahtu bekerja d sekian2...kawe men ia2 kn jer..yelah..kita xtaw sape kn...phtu selepas dy memperknalkn dri dy...aduhhh.mcm akitivit memperkanlkn dri la ya...huhuhuhu....


selpas abis semua..dy bgtaw TAHNIAH,,,,kawe ag la rasa pelik..sebelum nie kawe xpernah la masuk mane2 peraduan..tb2 ada tahniah..pelik gk..phtu dy smbg ayat dy lak...ayat dy nie ..."SAYA DARI EHEM...NK BERITAHU ANDA BERJAYA UNTUK DATANG INTERVIEW JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI TEKNIK DI MENARA TELEKOM"....dalam hati gua...bia btol....xsia2 kawe isi borang online sebelum nie..dalam hati...nielah first time ak dapat panggilan intervw...seronok pn ada...gementar pn ada...dy smbg lak ayat dy,,xabis ag taw..huhuhuhu..."SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK INTERVIEW INI..ANDA DIKEHENDAKI MENDAFTAR DI MENARA TELEKOM PADA 16 / 07 / 2010 JAM 10.30 PAGI"....pape masalah...conctla no nie..hehehhe..setakt nie dulu cerita kawe..xlarat dh nk menaip nie...6ti ada masa kawe taip pulok..

Wednesday, July 7, 2010

Kristal - Puteri Cahaya Hati *Original Audio



Di Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shas




Semasa ak bersekolah d sekolah menengah kebangsaan berangan..ak telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah teknik sultan haji ahmad shas al-mustaim billah....sekolah ini juga banyak memberi kenangan manis pahit duka kepada ak...disini la bermula ya aku dapat mengenali masyarakat luar dari negeri kelantan...kehidupan jugak cukup berbeza..

Biodata SMT SHAS


Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis (SMTSHAS) pada asalnya merupakan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lipis (SMV). SMV merupakan salah sebuah sekolah pertukangan di Malaysia yang dibiayai oleh Bank Pembangunan (ADB – 1) yang menelan belanja hamper RM 30 juta untuk melaksanakan projek pembangunannya. Bangunan ini terletak di satu kawasan tapak seluas 12 hektar, No. 1393, 1004 dan 1079 di KM 13 Jalan Lipis-Raub, Pahang.




Pada 20 Oktober 1988, SMV Kuala Lipis telah ditukar namanya sempena nama Sultan Pahang Darul Makmur. Sejak penggal persekolahan pada tahun 1989, sekolah ini menggunakan nama Sekolah Menengah Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Kuala Lipis, Pahang atau SMV SHASAB Kuala Lipis. Mulai tahun ini juga aliran kemahiran iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ditukar kepada system Profil (SP).







Kemajuan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia telah membawa kesan positif kepada sekolah ini, iaitu pada tahun 1996, sekolah ini sekarang telah dinaikkan taraf ke Sekolah Menengah Teknik. Lantaran itu, sekolah ini sekarang ialah Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musatain Billah, Kuala Lipis. (SMTSHASAB). Kenaikan taraf menjadikan system pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini dijalankan dalam tiga aliran iaitu aliran teknik, aliran vokasional dan aliran kemahiran.










Di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan





Sekolah menengah kebangsaan berangan merupakan sekolah yang kedua ak selepas SMKCE.....ak berpindah ke sekolah ini selepas tamat tingkatan 1...Aku memasuki sekolah ini pada tahun 2003 sehingga 2004 sahaja..iaitu dari tingkatan 2 hingga tingkatan 3...di sekolah ini ak juga dapat kenal lebih ramai ag kawan...









sebab mengapa ak berpindah ke sekolah ini adalah ak tinggal bersama dengan abg aku...sekolah nie berdekatan dengan rumah abgku...berbanding dengan SMKCE terlalu jauh dengan rumahku...nk cerita pengalaman di sekolah nie..banyak juga la..tp semua kne tggu dulu la ya..almaklumlah nie ku baru buat bloq..so 6ti ak tambh ckt..




Di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat

Di alam ini pula banyak kenangan ak lalui...trutama di sekolah menengah teknik..tetapi sebelum itu...ak ingin memulakan cerita ak di sekolah menengah chabang empat,sekolah yang pertama ak masuk selepas alam persekolahan rendah...SMKCE merupakan sekolah yang terbesar jugak la di daerah tumpat nie,,,sekolah ini memuatkan lebih kurang seribu lebih pada tiap2 masa....boleh dikatakan setiap ada aktiviti sekolah ini juga meriah...ak nk cerita sedikit mengenai sekolah menengah ku yng pertama nie...



Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Chabang Empat. Pada peringkat awal, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Chabang Empat. Pada tahun pertama persekolahan, bilangan pelajarnya hanya seramai 47 orang sahaja. Pengetua yang pertama ialah En. Nordin b. Mat Saad.

Selepas 10 tahun iaitu pada tahun tahun 1975, barulah sekolah ini mendapat bangunannya sendiri. Bangunan baru ini yang terletak di kawasan seluas 12 ekar telah mula menerima pelajar tingkatan empat dan namanya turut di tukar kepada Sekolah Menengah Chabang Empat. Perasmiannya telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelantan pada waktu itu, Datuk Haji Mohammad b. Nasir pada tarikh 31 Mac 1976. Pada tahun 2001, sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar-pelajar ketingkatan enam.

Pada hari ini, SMKCE telah dilengkapi dengan 12 blok bangunan; yang dapat menampung sebanyak 40 buah bilik darjah pada satu-satu ketika. Bangunan-bangunan ini terdiri daripada bangunan pentadbiran, bilik darjah, bengkel Kemahiran Hidup, bengkel Lukisan Kejuruteraan, makmal sains, kantin, musalla dan asrama. Dengan bilangan pelajar yang melebihi 2000 orang, persekolahan terpaksa dijalankan dalam dua sesi iaitu tingkatan 1 dan 2 pada sesi petang sementara tingkatan 3 hingga 6 pada sesi pagi.

Seramai 11 orang Pengetua telah menaburkan khidmat mereka di sekolah sejak dari penubuhannya."



Di dalam kawasan sekolah




Luar Pagar sekolah







Ketika Di Alam Sekolah Rendah

Pintu Depam Sekolah Kebangsaan Teluk Jering






Ak mula bersekolah ketika berumur 6 tahum..ak bersekolah di sekolah tadika kampung kubang sawa berdekatan dengan kampung ku....tadika ini tidak lah sebesar mane pn..boleh la memuatkan seramai 20 orang sahaja...perangai ak semasa kecil nie tidak la teruk mane ag..budak2 paham jela macam mane perangai nya....kenangan semasa kecil ak xbrape ingt mane,yang aku ingat hanyalah ak nie balik sekolah je p lastik burung....hehehhehe..selepas dari tadika,ak memasuki alam persekolahan sekolah rendah di sebuah sekolah yng bernama sekolah teluk jering yang berdekatan dengan kampungku jua...sekolah ini merupakan sekolah yang agk lama jugak la ditubuhkn berdasarkan ape yang telah diceritakan oleh kedua ibubapa ak...di sekolah ini juga banyak memberi kenangan manis..semakin usia meningkat..perangai ku mula berubah sedikit demi sedikit..semasa usia ini,ak cukup berminat memcari ikan,almaklumlah ak nie idup d kampung..balik je dari sekolah..ku terus cari ikan d bendang...klu ikut bahasa klate (g baroh cari ike dale kube)...hehehe...magrib je balik..ikan time cukup banyak..memang kitaorang puas hati bla balik...tp balik je kne makan kerepek ngn mak ayah..hehhehe..mak ayah sape xrisau ank dy balik lewatkan..tp tula hakikat...budak2 jenis ak nie susah nk dgr..tp sekarang tak la..dh besar katakan..leh pikir semua tu..di sekolah ini juga,ak meminati seorang gadis..kata owg,baru nk belajar.hehehe.nie la..owg suh belajar,kita g gewe.,.mai upsr...dapt cukup2 makan..aduyai..


Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Teluk Jering


Tentang Diriku




mintak maaf la ya..xdok gambar masa kecik...ambo nie xdla ensem sangat...ambo bersyukur ape yang ambo ada sekarang....


Disini aku nk mencerita sedikit tentang biodata aku walaupun korang taw nie blog antara ak dengan kawanku terlebih dahulu....xdla korang tertanya-tanya siapakah diriku ini..Aku hanyalah seorang insan biasa,yang bernama Hapizan Bin Seman...tetapi semua kawan-kawanku memanggil ku dengan nama ijan...aku berasal dari kampung kuala jambu dekat tumpat negeri kelantan...sebelum menyambung tentang diriku ini..aku ingin mencerita tentang keluarga ku sedikit...ayahku bernama Seman Bin Derahman...dan emakku pula bernama Siti Hasamah Binti Awang Mamat...ak sangat menyayangi kedua ibu bapaku ini.mereka la yang banyak mengajarku tentang kehidupan di dunia..mengenal mana satu pahala dan dosa...mereka la mengajarku erti kehidupan,susah senang dalam menghadapi kehidupan dan cabaran di dunia ini...ayahku bekerja sebagai petani sahaja manakala ibuku pula bekerja sebagai suri rumah dan mengambil upah menjahit baju...kepada sesiapa yang berminat bolehla menempah dengan ku...hehehhehhe...untuk mengetahui tentang diriku di bab laen lak..teruskan membaca bloq nie....







Rumahku yang banyak Memberi memori dalam idupku ini...




Family Abgku.....