General

Wednesday, July 7, 2010

Di Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shas




Semasa ak bersekolah d sekolah menengah kebangsaan berangan..ak telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah teknik sultan haji ahmad shas al-mustaim billah....sekolah ini juga banyak memberi kenangan manis pahit duka kepada ak...disini la bermula ya aku dapat mengenali masyarakat luar dari negeri kelantan...kehidupan jugak cukup berbeza..

Biodata SMT SHAS


Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis (SMTSHAS) pada asalnya merupakan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lipis (SMV). SMV merupakan salah sebuah sekolah pertukangan di Malaysia yang dibiayai oleh Bank Pembangunan (ADB – 1) yang menelan belanja hamper RM 30 juta untuk melaksanakan projek pembangunannya. Bangunan ini terletak di satu kawasan tapak seluas 12 hektar, No. 1393, 1004 dan 1079 di KM 13 Jalan Lipis-Raub, Pahang.




Pada 20 Oktober 1988, SMV Kuala Lipis telah ditukar namanya sempena nama Sultan Pahang Darul Makmur. Sejak penggal persekolahan pada tahun 1989, sekolah ini menggunakan nama Sekolah Menengah Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Kuala Lipis, Pahang atau SMV SHASAB Kuala Lipis. Mulai tahun ini juga aliran kemahiran iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ditukar kepada system Profil (SP).







Kemajuan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia telah membawa kesan positif kepada sekolah ini, iaitu pada tahun 1996, sekolah ini sekarang telah dinaikkan taraf ke Sekolah Menengah Teknik. Lantaran itu, sekolah ini sekarang ialah Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musatain Billah, Kuala Lipis. (SMTSHASAB). Kenaikan taraf menjadikan system pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini dijalankan dalam tiga aliran iaitu aliran teknik, aliran vokasional dan aliran kemahiran.










2 comments:

  1. Saya batch 88-89 elektrik... Banyak kenangan manis saya disana.
    Zaid Abu Bakar

    ReplyDelete
  2. salam zaidi, saya aminuddin abd kadir, saya batch 88/89 elektrik, dulu saya ketua kelas...

    ReplyDelete